Pilihan saya & anda !!

Jom Join

BATU KATAK





Batu KATAK, Jalan Sibu-Bintulu. Batu KATAK yang terletak di jalan Sibu-Bintulu merupakan bongkah batu yang kelihatan seperti KATAK dari jauh. Apabila didekati, ia dipenuhi dengan lubang-lubang, bermacam-macam jenis nombor dan barang-barang memjuja. Batu KATAK menjadi perhatian penggemar nombor ekor kerana menurut cerita, seorang lelaki Cina sangat menginginkan hadiah tempat pertama nombor ekor. Lelaki itu telah meminta bantuan Batu KATAK dan dipendekkan cerita, hajatnya termakbul dan lelaki itu membina tokong di Batu KATAK sebagai tanda terima kasih.

Terdapat kisah-kisah lain mengenai Batu KATAK ini seperti kelibat perempuan berbaju putih dan lembaga menakutkan.


Terdapat cubaan meletupkan batu ini ketika membina jalan raya dengan menggunakan 'dynamite' dan 'bulldozer' tetapi kedua-duanya tidak berjaya. Maka, Batu KATAK kekal di situ dan menjadi kebimbangan masyarakat mengenai masalah syirik.

Ya Allah.. ampunilah dosa-dosaku

serta kedua ibu bapaku

dan kasihanilah mereka keduanya

sebagaimana mereka memelihara

dan mendidikku di masa kecilku..


AL-FATIHAH

Ya Allah… hadiahkanlah pahala

daripada bacaan Al-Fatihahku

kepada kedua ibu bapaku..

…aamiin…