1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
4. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
5.
Seorang
wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita
yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan
rezekinya.
7. Wanita
yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai
di Baitullah.
8.
Wanita
yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkahan.
9.
Barang
siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
senantiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah
diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Syurga.
12.Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu
Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa
Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat
akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,
“Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang
Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan
mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan
suaminya akan memasuki Syurga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala
berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala
berpuasa pada malam hari.
31.Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala
70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita
bahwa Syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI)
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan
puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.